Jenis tauge Tauge

Perbezaan antara tauge kasar dan tauge halus

Terdapat pelbagai jenis tauge di dunia seperti tauge alfafa, kacang hijau/hitam, soya, dan banyak lagi yang kebanyakannya dari famili kekacang. Walaupun begitu, hanya dua sahaja yang terkenal di Malaysia iaitu tauge halus dan tauge kasar.

Tauge halus

Tauge halus ialah tauge yang dicambahkan dengan biji benih kacang hitam (Vigna mungo L.).[3]Kacang-kacang hitam yang ditunaskan dalam gelap adalah lebih garing dan putih, tetapi ia mengandungi kandungan pemakanan yang kurang, berbanding dengan kacang-kacang yang ditunaskan dalam separa cahaya matahari. Cahaya matahari penuh tidak disyorkan kerana ia akan mengakibatkan kacang-kacang hitam terlalu panas atau kering. Mengenakan tekanan pada tauge, umpamanya dengan meletakkan barang-barang yang berat di atasnya di dalam bekas penunasan akan menghasilkan tauge-tauge yang lebih besar dan lebih garing.

Tauge kasar

Tauge kasar ialah tauge yang dicambahkan dengan biji benih kacang soya (Glycine max [L.] Merrill). Rupanya lebih besar berbanding tauge halus. Rasanya lebih enak berbanding tauge halus kerana kacang soya.